Tuesday, May 20, 2014

Tugas-tugas jawatan kuasa 5s KPMBP

Assalamualaikum wbt
 


TUGAS & TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA AMALAN 5S
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR

PENGERUSI / PENYELARAS

  • Menentukan matlamat pelaksanaan sistem 5S
  •  Menetapkan piagam, peraturan dan garis panduan pelaksanaan
  •  Membentuk pelan tindakan tahunan
  • Memperuntukan sumber & belanjawan
  • Membentuk jawatankuasa
  •  Melulus dan memperakui penetapan kawasan, ahli serta aktiviti setiap zon
  • Memantau kemajuan program dengan pembentukan piawaian yang sesuai dan berkaitan dengan sistem 5S untuk pembudayaan berterusan
  •  Menetapkan kaedah penghargaan dan ganjaran
  •  Menjadualkan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S
  •  Menyelaras Program Amalan 5S
  •   Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan Amalan 5S
  •  Membantu pengurusan unit audit, latihan & promosi
  •  Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan Amalan 5S dalam organisasi



SETIAUSAHA

  • Menjalankan tugas sebagai setiausaha kepada Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Kerja
  • Memberi panduan dan membantu ahli jawatankuasa induk dan ahli zon 5S dengan tujuan untuk penyelarasan aktiviti
  • Memastikan dokumen 5S dikemaskini
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti promosi, latihan dan audit 5S



JAWATANKUASA AUDIT

  • Menyediakan pelan perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan
  • Mengadakan mesyuarat jawatankuasa
  • Melaksanakan audit dalaman
                #  Audit berkala
               # Audit mengejut


  • Menyediakan kriteria-kriteria audit
  • Menyediakan stiker audit
  • Menyediakan laporan audit
  • Merancang pra audit dan audit persijilan oleh pihak MPC
  • Menyediakan dan mengemaskini dokumen jawatankuasa audit
  • Mengenalpasti program pengiktirafan:

                  # Zon Terbaik
                  # Ruang Kerja Individu Terbaik
                 # Idea Kreatif & Inovasi Terbaik


JAWATANKUASA LATIHAN

  • Menyediakan pelan perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan
  • Mengadakan mesyuarat jawatankuasa
  • Merancang kursus kesedaran 5S ke atas semua warga kerja
  • Merancang kursus pemantapan pelaksanaan amalan 5S
  • Merancang lawatan penandaaras ke jabatan lain
  • Memberi latihan dan melantik pegawai bertanggungjawab untuk memberi taklimat 5S kepada pelawat jabatan luar
  • Menyediakan dan mengemaskini dokumen jawatankuasa latihan
  • Mewujudkan, mengenalpasti dan merancang cadangan idea kreatif dan penambahbaikan untuk dilaksanakan di peringkat jabatan
  • Mengendalikan lawatan korporat dari jabatan lain


JAWATANKUASA PROMOSI
  • Menyediakan pelan perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan
  • Mengadakan mesyuarat jawatankuasa
  • Mengadakan kempen promosi 5S - selaraskan dengan jawatankuasa kecil yang lain
  • Menyediakan buletin / blog 5S
  • Menyediakan dan mengemaskini dokumen jawatankuasa promosi
  • Menyediakan banner/poster/bunting/flyer/brosur aktiviti 5S
  • Menyediakan countdown  persijilan 5S jabatan
  • Menyediakan jurukamera khas untuk semua aktiviti 5S


KETUA ZON
  • Menyediakan pelan perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan
  • Mengadakan mesyuarat jawatankuasa
  • Menyediakan maklumat sudut zon
  • Mengurus, mengenalpasti dan merancang aktiviti zon
  • Menyediakan dan mengemaskini dokumen zon
  • Merekod semua aktiviti berkaitan amalan 5S


AHLI ZON
  • Mematuhi etika kerja zon yang telah dipersetujui bersama
  • Menghadiri perbincangan yang diadakan
  • Menyertai aktiviti 5S secara aktif sepanjang masa
  • Bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti zon
  • Bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti penambahbaikan di tempat kerja secara berkumpulan
  • Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di antara ahli
  • Membantu menyediakan maklumat sudut zon





0 comments: